Alatan-Alatan Hoki

HAAHHAHA..oklah..site ini menerangkan tentang alatan-alatan penting dalam permainan hoki...syokk je main kan?? tapi tak tahu apa yang penting tentag hoki nie..jadi jom lah..USHA!!! TIME!!

Kayu Hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan.
Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.
Jangkamasa Permainan
Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

Peralatan yang lain juga penting dalam sukan hoki antaranya shin guard(diletakkan dipangkal betis), kasut yang bersesuaian, dan yang paling penting set untuk penjaga gol. Jelas disini hoki mengutamakan keselamatan pemain. 
Shin guard yang wajib dipakai dalam sukan hoki
Kasut yang biasa dipakai untuk bermain di turf

Gambaran seorang pemain hoki

Set penuh untuk penjaga gol hoki. Kebiasaan set penjaga gol harganya lebih dari RM2000.. Bangga sesiapa yang dapat pakai ni.. Dah nak sama dengan set barang kemas. Hik hik hik..
ada berani ke nak beli??



KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU: Merebut

1. Kepentingannya
Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah sangat lemah dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola. Walau bagaimanapun, kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola, tetapi dia boleh memaksa penyerang mengurangkan kelajuannya atau kehilangan kawalan bola dan membuat kesilapan atau memaksa bola terkeluar daripada kawasan bermain. Ini adalah penting kerana ia memberi masa untuk pemain pertahanan menyusun semula barisan pertahanan dan bersedia menghadapi serangan.

2. Perkara-perkara untuk diingati
Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak merebut bola daripada pihak lawan:-
  • Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan kayu hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan yang mengelirukan.
  • Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada bola. Ini membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia mendapat peluang.
  • Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan bergerak dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di dalam keadaan yang akan memaksa penyerang bergerak dengan cara tertentu dan ke arah tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan kayu hoki dalam keadaan yang akan memaksa penyerang menolak bola ke kiri dan menggunakan reverse stick atau memaksanya bergerak ke tempat tertentu yang boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kurang selesa atau tersepit.
  • Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan-kesilapan.
  • Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya berdiri seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya dia boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan mudah. Gerakan kaki adalah penting untuk merebut bola dengan baik.
  • Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa menggunakan reverse sticknya untuk merebut, ia berada dalam keadaan yang merugikan.
  • Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang mengawal bola dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan memaksanya melakukan kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola tersebut.
  • Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh penyerang. Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak dengan cepat dan pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya penyerang tidak boleh menolak pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan meneruskan serangannya.
  • Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan tangan kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki boleh digunakan dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya berbuat demikian pemain pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih rendah ke tanah.
Perkara-perkara di atas adalah penting kepada semua jenis takel.

3. Jenis-jenis takel Jenis-jenis takel yang biasa digunakan adalah:-
  • Takel Jab
Untuk takel ini, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu yang rata (flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan badan dengan tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan kanan menghadap ke atas.

Untuk melakukan takel, pemain pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri memegang kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke belakang kayu hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu langkah lagi ke depan, tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola.

Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untukmelakukan takel ini.


  • Takel 'Forehand'
Ia adalah takel yang umum. Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan (forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya dankadang-kadang sejauh 5-6 kaki di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini (semasa berhenti atau semasa berlari bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu hoki dan tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan kaki kiri ke depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar posisinya dengan cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan atau kayu hoki dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan pemain pertahanan. Pemain pertahanan kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-kadang takel ini dibuat bersama-sama dengan takel jab sebagai satu kombinasi. Pemain pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri dan diikuti dengan takel forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau semasa berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus belajar memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan cepat dan mengatur masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel sambil berlari dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak latihan.



  • Takel 'Reverse Stick'
Takel ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain pertahanan dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi pemain. Peraturan permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan badan atau sentuhan kayu dengan kayu.


Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa penyerang tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang melepasi garisan badan pemain pertahanan.

Kemahiran melakukan takel dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap bola menggunakan reverse stick, akan memaksa penyerang berlari melepasi bola. Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya melakukan takel.


4. Latihan-latihan untuk merebut

Takel Jab

(a) Berdua
Seorang pemain sebagai penyerang, sedang berhenti dengan bola pada kayu hokinya. Pemain yang lain sebagai pemain pertahanan, mengambil kedudukan dan pegangan yang betul dan berdiri lebih kurang 6 kaki di depan penyerang. Pemain pertahanan berlatih menerpa satu langkah ke hadapan dan mencucuk bola tersebut dengan kayu hoki, menaikkan bola melintasi kayu hoki dan ke belakangnya.

(b) Berdua
Seperti di atas tetapi selepas mencucuk bola, mengambil satu langkah lagi ke hadapan dan terus mengutip bola.

(c) Berdua
Seperti di atas tetapi penyerang bermula dengan jarak 5 ela lebih jauh di belakang dan golek-menggelecek bola ke arah pemain pertahanan. Pemain pertahanan akan merebut bola tersebut apabila penyerang telah sampai di jarak merebut.
(Penyerang pada mulanya akan berjalan, kemudian apabila pemain pertahanan mendapat keyakinan dia akan menambah kelajuan).

(d) Berdua
Penyerang berada di satu tempat, menggerakkan bola ke hadapan dari kiri ke kanan menggunakan kemahiran menggelecek Indian. Pemain pertahanan mengatur masa untuk merebut kemudian bergerak ke hadapan untuk mengambil bola.

(e) Berdua
Penyerang menggelecek bola ke arah pemain pertahanan menggunakan berbagai-bagai jenis kelajuan. Pemain pertahanan cuba merebut bola dan memperolehnya