~SEJARAH~

Terdapat catatan yang telah di kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini mengunakan kayu dan bola yang kemudianya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang yang telah pun bermula berabad lamanya.Menurut catatan yang telah diperolehi,ia dimainkan oleh orang-orang Greek,parsi,dan rom sejak tahun 2000 S.M lagi. Namun,permainan ini kemudianya lenyap,sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak,tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan pada tahun 1928. Sejak itu,ia dimainkan dalam sukan olimpik. Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan dimana hoki dimainkan buat pertama kalinya. Sejarah ada juga menunjukan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukan atas sebuah makam Bani Hassan dekat Minia,mesir yang sekitar 2000 S.M. Ia menunjukan lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan Buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. sebelum penemuan ini,dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menungang kuda untuk bermain Polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki halus yang wujud lebih awal. Di Ireland,hoki dikenali sebagai Hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty,tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu Houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa,Namun begitu Hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil Commok sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama Hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England
SUMBER: Helen Ten H.B.,M.P. Haridas,Panduan Mengajar Hoki 1999






Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan Singapura.


Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.


Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.


Wajah pemain kebangsaan Malaysia tahun 2001